Saturday 11 June 2011

Perginya Seorang Ayah




Tidak semena-mena, fikiran jauh melayang merindukan kasih sayang seorang ayah..
seorang ayah yang terlebih dahulu meninggalkan dunia yang fana ini, seorang ayah yang amat dirindui belaiannya tika ingin bermanja, tawanya dikala kegembiraan, gurauannya yang seringkali menjadi pemujuk duka..

Ayah...

hari ini, 12 JUN 2011, genaplah 23 hari pemergianmu menghadap Sang Pencipta..seperti baru semalam senda gurau, gelak tawamu masih kedengaran..sungguh cepat masa berlalu..seperti baru semalam ayah berada disamping kami, menjadi ketua, nakhoda kapal yang terbaik buat kami.. tetapi, apakan daya.. Allah S.W.T lebih menyayangi dirimu ayah...semoga dikau tenang disana..insyaAllah ayah, doa anak-anakmu disini sentiasa menemanimu..

Buat teman-teman yang masih boleh merasai nikmat hadirnya kasih sayang seorang ayah,... bersyukurlah anda.. hargailah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri.., dan menyayangi mereka lebih daripada anda menyayangi diri sendiri.. itu lebih baik..seringkali kita tidak menghargai orang yang kita sayangi apabila mereka berada didepan mata.. hanya selepas kita merasai kehilangan mereka, barulah kita sedari betapa bermaknanya dan mendalamnya kasih sayang kita terhadap mereka..

kadangkala hati ini pilu,.. sedih dan cemburu.. melihatkan teman-teman yang lain masih diberi peluang, masih diberi kesempatan untuk bermanja-manja dan bergurau senda bersama ayah mereka.. masih ada lagi orang lelaki muhrim untuk mereka berkongsi masalah, berkongsi air mata..berkongsi tawa.. tetapi sebenarnya apakah hak saya untuk cemburu dengan mereka, sedangkan segala di bumi ini adalah milikMu ya Allah.. sesungguhnya segala yang ada ini milikMu, dan Engkau lah yang berhak atas segalanya..







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Kechik ♥

1 comment:

  1. b strong gurl . ALLAH lebih menyayangi dya . salulah brdoa . cma 3 prkara ja yg akan dibawa oleh mereka ke sana . amal ibadat , sedekah jariah n DOA ANAK YG SOLEH . smga rohnya ditmptkan dkalangan org yg briman . insyaAlLAH . amin .

    ReplyDelete