Saturday 14 April 2012

Cara Kempiskan Perut Yang Chomell

Hye..Assalammualaikum semua..:)
Okey..ari nie ari rjin kechik..hahaha..tbe2 rajin nk taip-taip..tekan-tekan keyboard  lappy nie untuk update entri..hohoho..asal???pelik ke klo kechik rajin??haishhh..x yah nk pelik-pelik sgt la..jap je rjin nie..nnt sifat kemalasan 2 dtg blek..hehehehe..:P

Okey..balik pada niat sebenar kechik update blog kali nie...korang bce balik tajuk besar kat atas tuu.."Cara Kempiskan Perut Yang Chomell"..ape???haa..sabaq..bak kata owg kedah..jgn golojoh..kechik nk cter la nie..hehehe..haa...nie yang kechik nak habaq mai..tak kira la lelaki atau pon perempuan,mesti ada masalah perut buncit kan?termasuk la kechik..hahaha..pengakuan berani mati wa ckp sama lu..hahaha..normall la tuh...so kechik ada beberapa petua dan cara untuk mengempiskan perut boroi dan buncit comel tu..^_^






1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


okey lah selamat mencuba...segala kesulitan amatlah dikesali..kechik hanyacopy and paste je..hahaha..cuba la,mana tau lepas ni yang pompuan tu dah boleh pakai kebaya...mesti cun punya.=)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Kechik ♥

1 comment: